Masa duk sibuk searching & explore buku teks sains/biologi ni tiba-tiba pulak rasa tertarik dengan satu topik tentang pengawetan makanan ni. Sekali tengok macam sedappp je. macam nak makannnn je. Nak2 pulak tengah lapar. Mengidam pulak rsa. :P Mesti uollsss tertanya apa bendalah yang sedap sangat sampai nak makan tu kann. So kitorang decide untuk pilih makanan dan cara/proses pembuatan makanan ni sebagai santapan/entri permulaan blog kali ni..mesti xsabar..en..en.. :D
Ke garisan..
Sedia..
Mula....
macam mana nak buat jeruk mangga???
haaa mesti semua da terliur ler tuh.. mula la duk pikir 'lama dah aku tak mkn jeruk' 'perhh ni kalo aku g pinang mmg bnyk aku borong jeruk, 'mak aihh..tetibe plak rse nk g beli la jakg', 'jeruk ni rase masam-masam manis gitu, sesekali mkn sedap jugak nih' , hamboiii kemain uolls kann haha
Sebenarnya penah tak uolls trfikir mcm manalah jeruk yg asalnya dari buah mangga segar tu bole tahan lama. kalau ikutkan contoh kita duk biar je buah kat umah tu smnggu x brusik,mau brulat dbuatnya.. hadeii.. =='
Jadi inilah kaedah sains yg dgunakan utk memastikan buah mangga tu tetap rsa sedap dan tahan lama walaupun dlm tempoh masa yang panjang.
Pengawetan, adalah salah satu kaedah pemiliharaan yg digunakan pengusaha makanan(terutamanya) bg memastikan keadaan mknn yg djual tetap dlm keadaan baik dan tahan lama. hal ini kerana makanan yang terdedah kpada udara dalam jangka masa tertentu dengan kehadiran faktor2 yg sesuai membolehkan mikroorganisma(cth;kulat,bakteria) utk membiak dan seterusnya merosakkan makanan tersebut.
Penjerukan ialah salah satu kaedah mengawet makanan dengan merendam makanan di dalam cuka, larutan garam pekat atau larutan gula pekat. Proses ni mengurangkan kandungan air dalam makanan sbb khdiran air ialah salah satu ciri2 utama kepada pembiakan mikroorganisma.
Secara umumnya, kebanyakan mikroorganisma x bole hidup dlm keadaan prsekitaran yg berasid. So kiranya penjerukn ni dpt merencatkan prtubuhan mikroorganisma & mngekalkan ciri2 fizikal/kimia mknn tuh. Sbb tu thn lama, rsa pun sedap je..kalau perhati, xde la pulak jeruk mngga tu kne mkn ulat ke, Drasophilla Melanogaster(lalat buah) duk hurung ke n sbgainya.. perasan kan??
Seterusnya kami akn trngkan pulak mcm mne proses pmbuatan jeruk mangga ni melalui kaedah pengawetan yg dipnggil 'penjerukan'..
Jom tengok cara-cara buat jeruk mangga ni.
Mula-mula skali, sediakan mangga muda.
Kupas kulit mangga ni....lepas tu basuh bersih2 tau. Toskan.
Potong buah mangga mengikut kreativiti uolls..
Larut 3 sudu besar garam dalam 1/2 liter air, kemudian rendam mangga dalam air garam semalaman.
Kemudian.....angkat dan toskan.
Akhir skali, larutkan 5 sudu besar gula bersama 1/2 liter air suam. Biarkan semalaman. Letak dalam peti sejuk lagi best!!
Selamat Mencuba UollllllSSS...